Monday, May 16, 2011

maharaja lawak malaysia 2011 - sufirc.blogspot.com




 Kejutan Untuk Minggu Hadapan

Gelanggang Maharaja Lawak sekali lagi memberikan satu kejutan apabila sekali lagi tiada peserta yang tersingkir pada minggu ini. Meskipun begitu, 3 peserta yang mendapat gabungan markah dan undian SMS terendah tetap dipanggil ke atas pentas iaitu Man, Balas dan Amir. Kesemua 7 peserta Maharaja Lawak telah terselamat dalam cabaran minggu ini.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah mulai minggu hadapan, peserta yang mendapat gabungan markah tertinggi akan mendapat imuniti dan tidak akan diundi keluar. Semua peserta pula akan diberi hak untuk memilih dan mengundi peserta yang akan dikeluarkan minggu tersebut. Peserta manakah yang akan disingkirkan minggu hadapan?

Sementara itu, Juri Ahmad Idham telah mengumumkan bahawa tugasan minggu hadapan ialah "Silent Comedy" memandangkan kumpulan Jambu yang telah diangkat sebagai peserta yang telah membuat persembahan terbaik malam itu menjadikan "Silent Comedy" sebagai sketsa jenaka mereka.

Berikut adalah markah yang diperolehi peserta Maharaja Lawak selepas undian ditutup (50% Undian + 50% Markah Juri):

1. Jambu - 59
2. Jozan - 57
3. Nabil - 56
4. Sepah - 55
5. Man - 51
6. Balas - 43
7. Amir - 31

7 peserta Maharaja Lawak masih kekal merebut gelaran Maharaja Lawak pertama dalam sejarah. Saksikan Maharaja Lawak, 9 malam, eksklusif di Astro Warna (132). Langgan pekej Mustika sekarang! Hubungi 1 300 82 3838 ATAU SMS Mustika< ruang >< ICNo > ke 32888 ATAU secara ONLINE di http://www.astro.com.my/mustika/

.

Related Post



0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes